Kekuasaan Gundik dalam Teks Historiografi Sastera Melayu Terpilih

(The Power of the Concubine in Selected Traditional Malay Historiographical Literary Works)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml.32(1)no1

Abstrak

Kajian ini membincangkan watak gundik dalam karya kesusasteraan Melayu tradisional terpilih dengan merujuk beberapa buah teks historiografi, iaitu Sulalatus Salatin, Hikayat Raja-raja Pasai dan Hikayat Patani, ketiga-tiga teks ini dipilih kerana lebih menonjolkan beberapa peristiwa yang melibatkan gundik berbanding teks-teks historiografi yang lain. Objektif kajian adalah untuk mengetengahkan watak yang jarang diberikan perhatian dan dianggap kecil tetapi mampu memberikan impak tertentu dalam keadaan tertentu. Watak gundik ini akan dibincangkan melalui aspek kekuasaan dan peranannya dalam istana silam. Kajian ini juga akan menggunakan teori kuasa yang dikemukakan oleh Lukes (1977) yang akan dianalisis dengan melihat peranan gundik serta konsep gundik yang dikemukakan oleh Ismail Azman (2009). Kesignifikanan kajian ini mempamerkan satu aspek, iaitu watak yang kadangkala kelihatan tidak penting daripada watak utama yang lain seperti raja, permaisuri, pembesar dan sebagainya. Watak gundik ini mempunyai kedudukan tersendiri dan juga mampu memainkan peranan penting sehingga memberikan kesan kepada sesuatu pemerintahan.

Kata kunci: Gundik, peranan dan kekuasaan, sastera Melayu tradisional

Biografi Pengarang

  • Mohamad Luthfi Abdul Rahman, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Pengajian Ilmu Sains Kemanusiaan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2019-06-03