Naratif Asal Usul Mantera dalam Masyarakat Bajau di Pitas, Sabah

(A Narrative on the Origins of Mantra in the Bajau Community of Pitas, Sabah)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml.31(2)no1

Abstrak

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan proses temu bual serta pemerhatian sebagai cara untuk mendapatkan data kajian secara sistematik yang melibatkan tiga orang informan, di Kampung Mapan-Mapan Darat dan Kampung Mapan-Mapan Laut, Pitas. Dalam usaha untuk menganalisis data, penyelidik menggunakan kerangka teori fungsional Malinowsky yang menjurus kepada penganalisisan asal usul sesuatu kejadian dan fenomena budaya dalam sesuatu kelompok etnik. Penelitian ini lebih memfokuskan keperluan manusia dari sudut keselamatan dan keperluan terhadap makanan. Pada dasarnya, kajian ini dilakukan dalam usaha untuk meneliti naratif yang wujud untuk mengungkapkan asal usul mantera dalam kalangan masyarakat Bajau Pitas. Usaha pendokumentasian kajian naratif dalam mantera perlu dilakukan dengan segera sebelum warisan ini hilang daripada kamus budaya masyarakat Bajau Pitas.

Kata kunci: naratif, asal usul, mantera, masyarakat Bajau

Biografi Pengarang

  • Jasman Bandar, Universiti Malaysia Sabah

    The Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning

  • Lokman Abdul Samad, Universiti Malaysia Sabah

    The Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-12-11