Bahasa Melayu sebagai Teras Jati Diri Kebangsaan dalam Sajak Pilihan Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
(Malay Language as the Foundation of National Identity in the Selected Poetry Publications of Dewan Bahasa dan Pustaka)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml.31(2)no3Abstrak
Kajian ini bertujuan menganalisis jati diri kebangsaan dalam sajak-sajak terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Jati diri kebangsaan merupakan elemen penting dalam pembinaan negara bangsa. Kerajaan telah memberikan tumpuan khusus tentang kepentingan perpaduan dan kesepaduan nasional sebagai teras untuk mewujudkan bangsa Malaysia yang mempunyai jati diri kebangsaan yang kental sejak peristiwa 13 Mei 1969. Analisis kajian ini menggunakan prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 sebagai kerangka konseptual dengan tumpuan terhadap aspek bahasa Melayu sebagai teras jati diri kebangsaan. Kajian ini dilakukan dengan menganalisis kandungan yang terdiri daripada sajak-sajak terpilih terbitan DBP dari tahun 2010 sehingga tahun 2015. Dapatan kajian mendapati sajak-sajak yang dikaji memperakukan bahawa bahasa Melayu sebagai teras jati diri kebangsaan.
Kata kunci: jati diri Kebangsaan; Dasar Kebudayaan Kebangsaan; Dewan Bahasa dan Pustaka, sajak
Ketua Editor,