Prinsip dan Konsep Teori Moral Alamiah dalam Novel Sa.b.a!
(The Principles and Concepts of Natural Moral Theory in the Novel Sa.b.a! )
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml.31(2)no5Abstrak
Kajian dalam makalah ini menerapkan prinsip dan konsep teori moral alamiah pada struktur permukaan terhadap novel Sa.b.a!. Novel ini karya Haji Abdul Aziz Tuah, penerima SEA Write Award 2015 untuk negara Brunei Darussalam. Perbincangan dalam makalah ini mengungkapkan novel berdasarkan konsep dan prinsip teori moral alamiah. Novel ini didapati menepati keadaan, kejadian dan proses pembentukan alam ciptaan Tuhan. Kajian ini mempelihatkan bahawa novel hasil ciptaan pengarang itu berlaku dengan adanya restu Tuhan. Pengarang sama seperti unsur alam yang lain mampu membentuk sesuatu yang akhirnya menjadi sumber alam juga. Dalam hal ini karya sastera (novel) yang menggabungkan pengalaman dan ilmu pengetahuan menjadikan teks sebagai sumber alam ciptaan pengarang. Sementara itu naratif di dalamnya dapat disamakan dengan mimpi yang mengandungi peristiwa yang misteri bentuknya, namun ada pengalaman dan ilmu di dalamnya. Pembentukan teks novel ini seperti kejadian alam yang mempunyai kepelbagaian, keseimbangan dan keharmonian. Kewujudan atau penciptaannya tidak sia-sia tetapi mengandungi manfaat, sesuai dengan kejadiannya yang berfaedah dan indah sebagai iktibar kepada manusia.
Kata kunci: alamiah, pencipta, mimpi, objek, naratif, permukaan
Ketua Editor,