Apa Ada pada Nama? Cap Mohor Melayu sebagai Sumber Onomastik
(What's In A Name? Malay Seals As Onomastic Sources)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml.31(1)no1Abstrak
Kebanyakan kajian tentang nama Melayu setakat ini diteliti dalam bidang etnografi dan sumber persuratan. Makalah ini mempersembahkan set data onomastik Melayu, secara khusus cap mohor Islam dari Asia Tenggara yang bertulisan Arab, dari abad ke-16 hingga abad ke-20. Hampir separuh daripadanya terdiri daripada nama perseorangan. Kebanyakan cap mohor Melayu merupakan milik raja sendiri, dan menjadi sumber yang amat berharga bagi nama pemerintah. Penggunaan nama perseorangan biasanya dielakkan dalam teks dan riwayat Melayu, dan sering digantikan dengan nama timang-timangan yang menunjukkan pangkat keluarga atau hubungan persaudaraan, gelaran pangkat, ataupun julukan deskriptif, tetapi cap mohor Melayu pula sentiasa ditulis dengan nama perseorangan Arab-Islam. Ciri ini perlu diinterpretasikan dalam konteks imej diri yang ingin ditampilkan oleh pemilik cap mohor kepada dunia tentang identitinya, iaitu memberi kepentingan kepada dirinya sebagai sebahagian daripada ummah sejagat.
Kata kunci: Nama Melayu, onomastik, cap mohor Melayu, nama pemerintah, nama Islam
Ketua Editor,