Komunikasi Interpersonal sebagai Penyelesaian Konflik Diplomatik Kerajaan Melayu

(Interpersonal Communication as a Solution for Resolving Diplomatic Conflicts in the Malay Sultanates)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml.31(1)no3

Abstrak

Komunikasi interpersonal merupakan elemen penting dalam pengurusan sesebuah organisasi kerajaan. Dalam hubungan diplomatik, komunikasi interpersonal dapat menguji kemampuan seseorang individu atau secara berkumpulan dalam menyampaikan mesej keamanan. Kebolehan dalam menyampaikan maklumat dengan jelas mampu mengelakkan kesalahfahaman terutamanya, dalam menyelesaikan konflik yang berlaku di samping dapat membina kepercayaan antara kerajaan. Tanpa kemahiran dalam hubungan komunikasi interpersonal, agak sukar sesebuah kerajaan meneruskan hubungan sedia ada mahupun yang ingin membina hubungan baharu. Kajian ini dilakukan untuk (i) menganalisis komunikasi interpersonal yang diimplementasi oleh pemerintah kerajaan Melayu sebagai mekanisme utama dalam penyelesaian konflik hubungan diplomatik, dan (ii) menghuraikan implikasi implementasi komunikasi interpersonal tersebut dalam menyelesaikan konflik yang wujud antara kerajaan. Data yang diperoleh menerusi kaedah kepustakaan dan bahan utama perbincangan berfokuskan pada Hikayat Hang Tuah dan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Hasil dapatan menunjukkan bahawa penghantaran utusan kerajaan merupakan implementasi komunikasi interpersonal yang berkesan dalam menyelesaikan konflik yang wujud sama ada hubungan diplomatik tersebut telah terbentuk ataupun baharu dibentuk. Utusan kerajaan membina pelbagai strategi dalam mengimplementasikan komunikasi interpersonal yang merupakan kunci untuk mencapai misi mereka. Dapatan juga menunjukkan bahawa pemerintahan dan pentadbiran sesebuah kerajaan semakin mantap dengan perkembangan kemajuan ekonomi, politik, budaya dan sosial.

Kata kunci: komunikasi interpersonal, konflik, diplomatik, kerajaan

Biografi Pengarang

  • Salmah Jan Noor Muhammad, Universiti Putra Malaysia

    Department of Malay Language
    Faculty of Modern Languages and Communication

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-06-01