Perjalanan Si Tua dalam Novelet "Sebuah Mimpi Buat Hari Tua": Suatu Penelitian Gerontologi
(The Journey of the Old in the Novelette "Sebuah Mimpi Buat Hari Tua": A Gerontolgy Study)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml.31(1)no8Abstrak
Shahnon Ahmad ialah seorang penulis yang diangkat sebagai Sasterawan Negara oleh Kerajaan Malaysia. Pada masa yang sama, beliau seorang intelektual awam yang digemari oleh masyarakat. Buktinya karyanya Shit (1999) yang amat kontroversial. Dalam berkarya beliau tidak kenal kawan atau lawan, tidak gentar mengungkapkan apa-apa sahaja idea dan pendiriannya. Karyanya mulai tahun 60-an banyak sekali mengetengahkan pelbagai isu yang membelenggu rakyat, di desa dan di kota. Namun begitu, sejak sekitar awal 2000-an apabila memasuki usia emas, Shahnon memperlihatkan perubahan yang ketara dalam penulisannya. Beliau jelas kelihatan mula menerapkan penghayatan usia emasnya dalam karyanya. Dalam konteks tersebut, makalah ini bertujuan menganalisis novelet "Sebuah Mimpi Buat Hari Tua" (2003) dengan tumpuan terhadap keperihalan manusia pada usia emas. Karya ini dikaji berpandukan kerangka konseptual kajian gerontologi kritikal oleh Nancy R. Hooyman dan H. Asuman Kiyak. Kajian mendapati novelet "Sebuah Mimpi Buat Hari Tua" memenuhi tiga dimensi dalam kajian gerontologi kritikal iaitu biologi, psikologi dan sosial. Malah, karya ini juga memperlihatkan apa-apa yang dipaparkan oleh pengarang kelihatan selari dengan pandangan para sarjana dalam gerontologi kritikal. Penemuan kajian ini penting kerana hasilnya menegaskan kedudukan novelet "Sebuah Mimpi Buat Hari Tua" sebagai suatu bahan gerentologi sastera.
Kata kunci: usia tua, gerontologi kritikal, dimensi biologi, dimensi psikologi, dimensi sosial, gerontologi sastera
Ketua Editor,