Penghijrahan dan Pencarian Identiti Melayu Patani Diaspora dalam Cerpen Isma Ae Mohamad

(Migration and the Search for Diasporic Patani Malay Identity in Isma Ae Mohamad's Short Stories)

Pengarang

  • Mohamed Nazreen Shahul Hamid Universiti Sains Malaysia image/svg+xml
  • Muhammad Izzat Md Isa Universiti Sains Malaysia, Malaysia
  • Md Salleh Yaapar Universiti Sains Malaysia, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml.30(2)no4

Abstrak

Pengarang Melayu Patani yang berhijrah ke Malaysia membentuk identiti mereka berasaskan keadaan diaspora. Kebanyakan karya mereka tertumpu pada genre sajak dan cerpen. Antara pengarang yang menonjol ialah Isma Ae Mohamad yang banyak menghasilkan cerpen. Makalah ini bertujuan menganalisis cerpen terpilih Isma Ae Mohamad dengan tumpuan pada krisis budaya dan pencarian identiti wataknya. Cerpen yang dimaksudkan ialah "Ke Negeri Impian", "Perjalanan ke Sebelah Sana", "Gadis Tomyam" dan "Rindu Cerita Nenek". Karya pengarang diaspora ini dikaji berpandukan kerangka konseptual kajian diaspora oleh Regina Lee. Kajian ini mendapati karya Isma Ae Mohamad memenuhi tiga pola diaspora, iaitu sanjungan terhadap tanah air, manifestasi butik multibudaya, dan politik identiti transisi. Malah, karya beliau juga jelas menonjolkan krisis budaya dan pencarian identiti. Pelbagai pengalaman masyarakat diaspora diungkapkan terutama tentang masalah pendidikan dan kerakyatan. Secara keseluruhan, cerpen ini memperlihatkan pandangan orang Patani yang berdiaspora tentang masa lalu dan masa kini dalam kehidupan mereka. Penemuan kajian ini adalah penting kerana hasilnya dapat menyumbang ke arah memahami nasib diaspora Patani dan krisis identiti yang mereka hadapi.

Kata kunci: Melayu Patani, diaspora, penghijrahan, pencarian, identiti

Biografi Pengarang

  • Mohamed Nazreen Shahul Hamid, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

  • Muhammad Izzat Md Isa, Universiti Sains Malaysia, Malaysia

    Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

  • Md Salleh Yaapar, Universiti Sains Malaysia, Malaysia

    Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2017-12-01