Perbandingan Konsep Cinta Romantisme dalam Novel Ayat-ayat Cinta 2 dan Salju Sakinah

(A Comparison of the Concept of Romantic Love in the Novels Ayat-ayat Cinta 2 and Salju Sakinah)

Pengarang

  • Ummu Hani Abu Hassan Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea.
  • Koh Young Hun Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea.

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml.31(1)no5

Abstrak

Kajian ini meneroka konsep cinta romantisme dengan kaedah analisis teks dan perbandingan antara novel Islam Indonesia dengan novel Islam Malaysia. Kajian memilih novel Ayat-ayat Cinta 2 oleh Habiburrahman El-Shirazy dan novel Salju Sakinah oleh Zaid Akhtar. Penelitian ini menggunakan Teori Persuratan Baru dengan memberi penekanan terhadap Konsep Hakikat dan Fungsi Sastera. Kajian mendapati kelahiran novel berunsurkan Islam dan cinta romantisme di Indonesia dan Malaysia didorongi dua faktor utama, iaitu kesedaran penulis menyampaikan mesej Islam dan kehendak penerbit yang mahukan keuntungan. Dua faktor ini menyebabkan novel berunsurkan Islam dan cinta romantisme menjadi jenama atau produk pasaran di kedua negara. Hasil analisis menunjukkan novel Ayat-ayat Cinta 2 menggunakan konsep cinta romantisme yang berorientasikan seksual, manakala novel Salju Sakinah mementingkan bahasa nurani berbanding sentuhan fizikal.

Kata Kunci: novel Islam, Ayat-ayat Cinta 2, Salju Sakinah, cinta romantisme, seksualiti

Biografi Pengarang

  • Koh Young Hun, Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea.

    Professor of Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-06-01