Sejarah "Tuan Seberang" (Tun Seri Lanang) Berdasarkan Sumber Aceh dan Belanda

[The History of "Tuan Seberang" (Tun Seri Lanang) Based on Aceh and Dutch Sources]

Pengarang

  • M. Adli Abdullah Universitas Syiah Kuala Darussalam, Banda Aceh, Indonesia.
  • Azmi Arifin Rashidah Daud

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml.30(2)no2

Abstrak

Kajian ini membincangkan tentang kedudukan Tuan Seberang, tokoh Melayu Semenanjung, yang sangat berpengaruh dalam perkembangan kerajaan Aceh Darussalam pada kurun ke-17. Ketokohannya terbukti apabila karya historiografi Aceh, Ma Bain-as-Salatin dengan jelas memerihalkan kedudukan dan peranan yang dimainkan oleh Tuan Seberang dalam pentadbiran kerajaan itu. Namun sehingga kini, jarang terdapat ahli sejarah yang benar-benar meneliti kedudukan dan peranan Tuan Seberang secara khusus, sama ada semasa beliau berada di Aceh atau di Semenanjung. Padahal Tuan Seberang merupakan seorang tokoh terkemuka yang sangat dihormati oleh Portugis dan Belanda kerana sumbangan besarnya kepada pentadbiran kerajaan tersebut semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda (1607-1636), Sultan Iskandar Thani (1636-1641 ) dan Sultan Safiatuddin Syah (1641-1675). Dalam kajian ini, penulis meneliti tentang persoalan siapa sebenarnya Tuan Seberang dalam sejarah Aceh, peranan dan sumbangannya serta hubungannya dengan para pemerintah dan tokoh politik Aceh.

Kata kunci: Tuan Seberang, Tun Seri Lanang, Sulalat-us-Salatin, Ma Bain-as-Salatin, Kerajaan Aceh Darussalam

Biografi Pengarang

  • Azmi Arifin, Rashidah Daud

    School of Humanities

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2017-12-01