Perempuan Melayu dalam Tiang Seri Tegak Berlima Karya Noordin Hassan
(Malay Women in Tiang Seri Tegak Berlima by Noordin Hassan)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml.30(2)no5Abstrak
Dalam naskhah teater Tiang Seri Tegak Berlima diketahui bahawa peranan laki-laki dalam masyarakat Melayu sangat kuat. Peranan tersebut tidak hanya terdapat dalam aspek agama, malah budaya, sosial dan ekonomi bahkan politik. Keadaan tersebut menjadi isu penting dalam naskhah yang ditulis oleh Dato' Noordin Hassan. Selain menghuraikan idea kefitrahan, naskhah ini pula membincangkan posisi perempuan Melayu secara simbolik melalui watak Siti Muhsinat. Merujuk watak dalam naskhah tersebut, makalah ini membincangkan persoalan, bagaimanakah posisi atau peranan perempuan Melayu dalam masyarakat, dan bagaimanakah penerimaan masyarakat terhadap upaya perempuan Melayu mengambil peranan secara simbolik? Untuk menemukan jawapan kedua-dua soalan ini, makalah ini menggunakan teori feminisme kritikal berdasarkan metode analisis naratif yang bersifat kualitatif sehingga menghasilkan temuan bahawa watak laki-laki menggunakan simbol budaya dan agama sebagai alat dominasi terhadap watak perempuan.
Kata kunci: perempuan Melayu, posisi Perempuan Melayu, penerimaan masyarakat, feminisme kritikal
Ketua Editor,