Kepemimpinan Pemerintah Kesultanan Melayu dalam Menjalinkan Hubungan Diplomatik
(Leadership of Malacca Sultanate Rulers In Establishing Diplomatic Relations)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml.30(2)no1Abstrak
Kepemimpinan merupakan keupayaan interaksi pemerintah kerajaan dalam usahanya membentuk jiwa dan minda rakyat untuk bersama-sama merealisasikan matlamat yang telah direncanakan bagi memantapkan tadbir urus kerajaan khususnya, dalam menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan lain. Tanpa penggemblengan daya fikir dan fizikal daripada dua golongan ini, menjadi suatu kemustahilan untuk sesebuah kerajaan itu berjaya dalam misi diplomatiknya. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan kepemimpinan pemerintah kesultanan Melayu dalam hubungan diplomatik dengan menggunakan kaedah analisis data terhadap peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam naskhah historiografi seperti Sulalat al- Salatin, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa dan Tuhfat al-Nafis. Selain itu, tulisan ini juga menghuraikan keberkesanan kepemimpinan tersebut terhadap hubungan diplomatik yang ditawarkan dan diterima daripada kerajaan luar. Jangkaan hasil dapatan akan menunjukkan bahawa terdapat pelbagai kaedah kepemimpinan yang akan digunakan oleh pemerintah kesultanan Melayu dalam melonjakkan nama kerajaan yang diperintah daripada aspek ekonomi, sosial dan fizikal.
Kata kunci: kepemimpinan, pemerintah, Kesultanan Melayu, diplomatik, historiografi
Ketua Editor,