Mau'izah Remaja dalam Novel Satu Bulan Tiga Bintang Karya Ummuhani Abu Hassan
(Mau'izah for Teens in The Novel Satu Bulan Tiga Bintang by Ummu Hani Abu Hassan)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml.30(2)no6Abstrak
Berdasarkan perspektif Islam, terdapat beberapa usaha yang dijalankan untuk membentuk keperibadian anak muda. Satu daripadanya konsep mau'izah, iaitu usaha nasihat dan menasihati, pesan dan memesan ke arah kebaikan, kebenaran dan kesabaran. Konsep mau'izah yang digambarkan dalam Islam ini merupakan tunjang dalam pendidikan khususnya bagi membentuk sahsiah diri golongan remaja kepada nilai-nilai murni. Didapati bahawa mau'izah berguna bukan sahaja dalam pembinaan jiwa anak muda, bahkan dalam proses menghidangkan bahan bacaan yang bermanfaat dalam masyarakat. Sejajar dengan itu, karya sastera khasnya novel remaja merupakan bahan bacaan yang berupaya membentuk perilaku dan sahsiah anak muda. Justeru, kajian ini merungkai mau'izah remaja dalam novel Satu Bulan Tiga Bintang karya Ummu Hani Abu Hassan bagi memperlihatkan sejauh mana usaha menasihati dan berpesan kepada kebaikan dan kebenaran ditampilkan pengarang kepada pembaca. Kajian ini jelas memperlihatkan bahawa konsep mau'izah dikemukakan pengarang dengan tujuan membangunkan keperibadian remaja yang unggul mengikut garis panduan Islam dalam arus kemodenan dan teknologi hari ini. Usaha menasihati dan berpesan kepada kebaikan, kebenaran dan kesabaran telah menjadikan konsep mau'izah sebagai syarat utama dalam pembangunan manusiawi dan pembugaran insani.
Kata kunci: mau'izah, remaja, Satu Bulan Tiga Bintang, Ummu Hani Abu Hassan
Ketua Editor,