Unsur Dakwah dan Kearifan Tempatan Orang Bajau dalam Kumpulan Puisi Iltizam
(Elements of Dakwah and Local Wisdom of the Bajaus in the Anthology of Poetry Iltizam)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml.30(1)no4Abstrak
Iltizam ialah sebuah antologi puisi karya Zubir Osman yang dihasilkan pada tahun 2015 dalam usahanya untuk menyampaikan puisi-puisi berunsurkan dakwah dan pemaparan kearifan tempatan, khususnya dalam kalangan suku kaum Bajau di Sabah. Makalah ini memberikan tumpuan terhadap 59 buah puisi pilihan dalam antologi puisi Iltizam (2015), yang mengandungi unsur dakwah dan kearifan tempatan. Perbincangan makalah ini secara langsung memberikan tumpuan terhadap unsur dakwah yang dipaparkan dan dikaitkan dengan budaya, cara hidup dan keperibadian suku kaum Bajau. Pendekatan Dakwah merupakan prinsip yang terkandung dalam Teori Pengkaedahan Melayu dipilih untuk menelusuri aspek dakwah manakala Pendekatan Gunaan diguna pakai untuk meneliti unsur-unsur kearifan tempatan yang memperlihatkan warisan dan identiti masyarakat Bajau di Sabah. Analisis terhadap puisi pilihan Iltizam (2015) mendapati bahawa puisi berunsurkan Islam bukan hanya melibatkan daya imaginasi dan kreativiti pengarang malah merupakan wadah penyampai yang berkesan kepada masyarakat. Kesimpulannya, Iltizam (2015) mengetengahkan unsur dakwah dan kearifan tempatan orang Bajau melalui bait-bait puisi sebagai manifestasi pandangan hidup dan kepercayaan masyarakat Bajau sendiri.
Kata/frasa kunci: Suku kaum Bajau, Iltizam, puisi berunsurkan dakwah, kearifan tempatan, pendekatan dakwah, Teori Pengkaedahan Melayu
Rujukan
Asmuni Syukir. (1983). Dasar-Dasar Strategi Dakwah Islam. Surabaya: Penerbit Al-Ikhlas Surabaya.
Chong Ah Fok. (2008). Kajian Novel Terpilih Brunei Darussalam dari Perspektif Pengkaedahan Melayu. Brunei Darussalam: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.
Hashim Awang. (1984). Kesusasteraan Melayu dalam Kritikan dan Sejarah. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Hashim Awang. (1988). Kritikan Kesusasteraan: Teori dan Penulisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Awang. (1989). “Kajian Sastera: Suatu Pendekatan Melayuâ€dlm. Dewan Sastera (Disember), hlm 60-63. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Awang. (2002). Teori Pengkaedahan Melayu dan Prinsip Penerapannya. Kertas Kerja Bengkel Teori Sastera. Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Melaka, 28-29 Jun.
Jasni Matlani. (2013). Perkembangan Puisi Berunsurkan Islam di Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamonthip. (2007). Local Wisdom, environmental protection and community development: The clam farmers in Tambon Bangkhunsai, Phetchaburi Province, Thailand. MANUSYA: Journal of Humnaities. Vol.10 No 1 : pp 1-10
Nyoman Utari Vipriyanti. (2008, July). Banjar adat dan local wisdom : Community Management for public space of sustainability in Bali Province. Paper Presented in IASC 2008 12th Biennial Conference.
Othman Haji Talib. (2000). Dlm Dakwah dan Pengurusan Islam di Malaysia, konsep dan pelaksanaan.Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Warren, J. F. (1971). The North Borneo Chartered Company’s Administration of the Bajau, 1878-1909. Kertas kerja Internasional Studies, Southeast Asia Series, 22, Ohio University Centre For Internasional Studies, 1971. pp :65-70
Yap Beng Liang. (1977). Orang Bajau Pulau Omadal, Sabah: Satu Kajian Tentang Sistem
Budaya (Tesis Sarjana, Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Universiti Malaya).
Yap Beng Liang. (1985). The Traditional World –View of the Indigenous Peoples of Sabah.
dlm. Mohd Taib Osman (pnyt.), Malaysian World View:76-130. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.
Yap Beng Liang. (1993). Orang Bajau Pulau Omadal, Sabah: Aspek-Aspek Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zakaria Stapa. (2002). Islam Pemikiran Dan Penghayatan. Johor Baharu : Jabatan Agama Johor.
Zurinah Hassan. (2008). Puisi Melayu Moden: Kajian Teori Pengkaedahan Melayu. (Tesis Ijazah Doktor Falsafah). Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Zubir Osman. (2015). Iltizam. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad
Ketua Editor,