Politik dan Intertekstualiti dalam Juara

(Politics and Intertextuality in Juara)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml.29(2)no5

Abstrak

Makalah ini menumpukan pemerhatian terhadap hubungan dan proses antara teks dalam penghasilan novel Melayu. Hubungan dan proses itu dikaitkan dengan intertekstualiti, iaitu fenomena wujudnya teks dalam sebuah teks atau apa yang dinamakan dialog antara teks. Kerangka kajian ini memanfaatkan gagasan oleh Julia Kristeva. Rumus intertekstual tersebut membentangkan hubungan antara hipoteks (cerpen) dengan hiperteks (novel) bagi melihat makna, proses yang diajukan dan kewajaran ia dilakukan pengarang. Kajian ini merujuk kepengarangan S. Othman Kelantan yang memperlihatkan kecenderungan dan ketekalan terhadap karya yang bersifat intertekstual. Novel yang menjadi mauduk kajian ini ialah Juara. Kajian ini menemukan bahawa dalam kerangka intertekstualiti, kepengarangan S. Othman Kelantan memperagakan kesetiaannya terhadap teks awal dalam genre cerpen yang kemudian dikembangkan menjadi novel. Hal ini berlaku terhadap Juara yang dikembangkan daripada cerpen "Pahlawan Lembu". Langgam kepengarangan S. Othman Kelantan menunjukkan sensitifnya pengarang terhadap cuaca politik semasa; keyakinan dan ideologinya dibancuh sama secara metaforikal dalam Juara. Hubungan intertekstualiti dalam cerpen ke novel dalam Juara termasuklah tema dan plot, yang dikerjakan pengarang melalui proses transformasi, eksistensi dan modifikasi. Proses yang dilakukan oleh pengarang ini akibat beberapa faktor antaranya persekitaran, latar peribadi dan pengalaman hidup

Kata kunci: S. Othman Kelantan, novel Juara, cerpen "Pahlawan Lembu", Julia Kristeva, intertekstualiti

Biografi Pengarang

  • Mawar Safei, Universiti Kebangsaan Malaysia
    Pusat Penyelidikan Bitara Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
  • Tuan Rusmawati Raja Hassan, Universiti Kebangsaan Malaysia
    Pusat Penyelidikan Bitara Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Rujukan

References

A.M Thani dan Sarah Sadon (pnyr.). 2005. Wajah biografi penulis: Edisi ketiga.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A.Rahim Abdullah. 2004. Dlm Mohd Daud Mohammad & Muhammad Ikhram Fadly Hussin (pnyr). Pemikiran Sasterawan Negara S.Othman Kelantan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Tahir. 1990. Dunia dalam Ruang Perjalanan, Dewan Sastera April: 70-74.

Ahmad Kamal Abdullah. 1993. Jambak I. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Kamal Abdullah. 1993. Jambak II. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Brown, C.C, 1928. “Kelantan bull-fightingâ€, JMBRAS, Vol. 6. hlm. 74.

Dharmawijaya. 2004. Menimang kaca, menatang intan. Dewan Sastera Mac: 17-18.

Hamidah Yaacob. 1982. Hiburan tradisional Kelantan. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Hanapi Dollah. 2004. Juara: bacaan budaya pantai timur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Johan Jaafar (ptrj). 1983. Pengenalan kritikan sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Puzhi Usop (ptrj). 2012. Terjemahan al-Hidayah al-Quran al-Karim. Batu Caves: Al Hidayah House of Quran Sdn. Bhd.

Noraziah Sharuddin. 2002. Forum memori korporat UTM. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Rahman Shaari. 1987. Glosari istilah kesusasteraan sastera. Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing and Distributors Sdn. Bhd.

Rahman Shaari. 1989. Berkenalan dengan kritikan sastera. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

S. Jaafar Husin. 1986. S.Othman Kelantan-Sastera: berfungsi tapi bukan propaganda (wawancara). Dewan Sastera April 1986: 16-19.

S. Othman Kelantan. 2004. Juara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Safian Hussain. 1981. Novel-novel 70-an dan hubungannya dengan kegiatan berkarya sebelumnya. Dewan Sastera Januari 1981: 38-45.

Safian Hussain dan Mohd Thani Ahmad. 1988. Glosari istilah kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul hubungan etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Siti Ezaleila Mustafa. 2009. 20 Tokoh Sasterawan. Bangi: Medium Publications.

Yazid Abdul Kadir Jawas. 2004. Kitab Syarah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Bogor: Penerbit Pustaka Al-Taqwa.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Jogho

http://cinemamalaysia.com.my/article/read/Utusan-Malaysia/Potensi_Filem_Adaptasi_4532

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gagal_pecah_panggung

http://en.wikipedia.org/wiki/Slumdog_Millionaire

http://en.wikipedia.org/wiki/Children_of_Heaven

http://kamarul.wordpress.com/2006/10/16/joghojuara/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya_umum_Malaysia_1969

http://www.arkib.gov.my/malayan_union?p_p_id=56_INSTANCE_H5gW&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p_p_col_id=column-3&p_p_col_count=1&page=2

http://pustakailmudotcom.wordpress.com/2012/03/20/judi-dalam-pandangan islam/

http://id.wikipedia.org/wiki/Karma

http://www.scribd.com/doc/91716418/Konsep-Ketuhanan-Dalam-Islam

http://saifulislam.com/2012/11/konsep-ulama-dan kepimpinannya/#sthash.tBFNozfo.dpuf

http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=98&Itemid=1

Muat turun

Diterbitkan

2016-12-01