Mengenai Jurnal

Tentang Jurnal

Malay Literature merupakan jurnal berwasit (penilaian secara double-blind) yang diindeks dalam MyJurnal dan MyCite yang diterbitkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Jun dan Disember oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.  Pandangan dan pendapat yang dikemukakan dalam jurnal ini merupakan pendapat penulis dan tidak mewakili sidang editorial Dewan Bahasa dan Pustaka.

Makalah yang dimuatkan dalam jurnal ini tertumpu pada kajian Kesusasteraan Melayu terkini yang dilaksanakan oleh ahli akademik dari dalam dan luar negara, khususnya mengenai Kepulauan Melayu. Jurnal ini menerbitkan artikel atau tulisan ilmiah dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang berkualiti dengan rujukan yang berwibawa. Ia juga menawarkan terjemahan tajuk, abstrak dan kata kunci dalam bahasa Melayu atau Inggeris untuk setiap artikel yang diterbitkan