Elemen Sains, Teknologi dan Inovasi Cerpen Legasi Tapai Ubi dalam Antologi Cerpen KOMSAS Bintang Hati

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml38(1)no4

Abstrak

Kerangka Kurikulum Sekolah Menengah (KSSM) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah berteraskan enam tunjang, yang mana satu daripada tunjang tersebut melibatkan elemen sains dan teknologi. Hal ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pelajar meneroka dan menjana idea kreatif serta berupaya untuk mencipta sesuatu yang berinovasi. Gabungan elemen sains dalam komponen sastera juga semakin mendapat tempat dalam kalangan penulis cerpen dan novel, yang seterusnya memperlihatkan pemaparan interdisiplin secara efektif dalam karya sastera. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis elemen sains, teknologi dan inovasi yang terdapat dalam cerpen Legasi Tapai Ubi karya Ghazali Lateh dalam antologi cerpen KOMSAS Bintang Hati. Kajian ini berusaha mengisi kelompangan tentang kajian yang terhad berhubung dengan elemen sains dan teknologi dalam cerpen ini. Kajian kualitatif ini melibatkan kajian kepustakaan termasuklah bacaan rapi terhadap perkataan, frasa dan ayat bagi mengenal pasti elemen sains, teknologi dan inovasi yang terdapat dalam cerpen tersebut dengan menggunakan senarai semak pemerhatian berstruktur. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat elemen sains, teknologi dan inovasi yang menampilkan tema sains kesihatan dan penggunaan teknologi maklumat dalam usaha penyelidikan untuk merawat penyakit kanser dipaparkan secara efektif dalam cerpen ini. Hasil kajian ini memperlihatkan suntikan elemen sains dalam karya sastera yang memaparkan kemajuan teknologi perubatan dalam merawat penyakit melalui penceritaan yang kreatif. Kesimpulannya, cerpen Legasi Tapai Ubi merupakan karya sastera yang berjaya memaparkan aspek interdisiplin yang boleh menjadi wahana pendidikan yang menyeluruh, menyemai minat terhadap penyelidikan dan inovasi, di samping memperkukuh warisan makanan dalam kalangan pelajar dan masyarakat umum.

Teks penuh: PDF

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2025-06-26