Neurotisme dalam Novel Thriller Psikologi Malaysia dan England: Satu Kajian Perbandingan Watak dalam Novel Rahsia Perindu (2005) dan The Silent Patient (2019)

Pengarang

  • Mohamed Nazreen Shahul Hamid Universiti Sains Malaysia image/svg+xml
  • Rohaya Md Ali Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), Universiti Utara Malaysia, 06010, UUM Sintok, Kedah, Malaysia
  • Nurafrina Abdul Aziz Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), Universiti Utara Malaysia, 06010, UUM Sintok, Kedah, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml38(1)no7

Abstrak

Neurotisme merupakan personaliti yang berkaitan dengan kecenderungan individu untuk mengalami kebimbangan, ketegangan dan ketakutan yang berlebihan. Gejala neurotisme berlaku atas beberapa sebab tertentu dan lazimnya berlaku dalam situasi gawat yang diperlihatkan dalam karya sastera seperti novel thriller psikologi. Namun begitu, kajian berkaitan dengan neurotisme yang menggunakan karya sastera masih memperlihatkan kelompangan yang besar. Kajian ini bertindak dengan objektif untuk menyelidik punca serta kesan neurotisme dan cara mengatasinya secara perbandingan berdasarkan watak-watak yang terdapat dalam dua buah novel thriller psikologi, iaitu Rahsia Perindu (2005) karya Ramlee Awang Murshid dari Malaysia dan The Silent Patient (2019) karya Alex Michaelides dari England. Kajian ini menggunakan kaedah analisis tekstual dalam membandingkan kedua-kedua buah novel thriller psikologi tersebut berpandukan kerangka Teori The Big Five Personality oleh Paul Costa dan Robert McRae (1992). Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa neurotisme dalam kedua-dua novel thriller psikologi tersebut berpunca daripada kemurungan, permusuhan, kebimbangan yang melampau dan pendedahan kepada tekanan. Kesan neurotisme pula melibatkan impulsif yang mendorong kepada pembunuhan. Kedua-dua buah novel thriller psikologi ini menonjolkan cara mengatasi gejala neurotisme yang berbeza, yakni berdasarkan budaya, ajaran, agama dan persekitaran watak-watak yang tidak berkongsi lokaliti serupa. Kajian ini penting dalam memperlihatkan pemikiran dan kreativiti pengarang Malaysia dan England dalam mengetengahkan neurotisme dalam karya mereka. Kajian ini juga penting dalam menjadi panduan kepada khalayak dalam memahami neurotisme dan isu psikologi dalam aspek yang lebih besar serta mengangkat kajian sastera yang merentas disiplin dalam bidang keilmuan.

Teks penuh: PDF

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2025-06-26