Menjawab Serangan Pemikiran Liberalisme Terhadap Islam menerusi Novel Daun Karya Malim Ghozali P.K.
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml37(2)no7Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis serangan pemikiran liberalisme terhadap pemikiran Islam tradisional menerusi novel Daun karya Malim Ghozali P.K. Isu utama yang diketengahkan dalam artikel ini ialah: [i] perhubungan konteks sejarah perkembangan liberalisme di Malaysia yang wujud dalam karya dan luar karya; [ii] menjelaskan bagaimana golongan liberalis cuba membentuk acuan Islam yang ditakrifkan sesuai berdasarkan agenda masing-masing. Kajian ini dijalankan berdasarkan sorotan literatur yang mendapati sikap ahli pascamodenis yang ternyata tidak menyenangi dan sentiasa mendekonstruksi teori-teori baharu yang menentang nilai Islam sebenar. Kajian ini memanfaatkan gagasan teori Historisisme Baru yang dikemukakan oleh Stephen Greenblatt (1988) sebagai kerangka analisis dengan memanfaatkan konsep kekangan dan mobiliti yang melihat teks dibina daripada rujukan sosiobudaya, iaitu nilai sosial yang meresap dalam diri pengarang melalui kemelut yang melanda masyarakat dalam situasi pengarang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Malim Ghozali P.K. berusaha memberikan pemaknaan baharu demi menolak gagasan pemikiran liberalisme yang sedang berlaku dalam masyarakat seterusnya mengkritik sikap pemerintah ketika novel ini ditulis yang menjadikan isu agama sebagai agenda politik untuk meraih sokongan.
Text penuh: PDF
Ketua Editor,