Ungkapan Kiasan dalam Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut: Cerminan Tradisi Intelektual Melayu

Pengarang

  • Norazlina Mohd Noor International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC), IIUM

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml37(2)no3

Abstrak

Penerokaan ungkapan kiasan bertujuan untuk mengenal pasti kerangka konseptual dalam teks tradisional Melayu, dengan tumpuan khusus kepada Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut. Kedua-dua teks undang-undang ini mengandungi pelbagai ungkapan kiasan seperti simpulan bahasa, perumpamaan, dan metafora yang berfungsi untuk menjelaskan prinsip undang-undang, panduan hidup bermasyarakat, serta nilai budaya yang dipegang oleh masyarakat Melayu pada masa itu. Kajian ini bertujuan untuk meneliti bagaimana ungkapan kiasan tersebut memainkan peranan penting dalam perkembangan kerangka intelektual masyarakat Melayu. Metodologi antara disiplin, termasuk kajian sejarah dan analisis sastera digunakan dalam kajian ini untuk memberikan pemahaman yang komprehensif tentang bagaimana ungkapan kiasan menyumbang kepada penerokaan kerangka intelektual dalam manuskrip tradisional Melayu. Penggunaan bahasa kiasan untuk menyampaikan undang-undang dan norma masyarakat mencerminkan proses pemikiran yang rumit dalam kalangan masyarakat Melayu. Ciri-ciri linguistik ini mendedahkan bahawa tradisi intelektual Melayu yang menggabungkan elemen undang-undang, etika, dan budaya dalam satu naratif yang padu, menonjolkan kepentingan bahasa dalam membentuk dan memelihara identiti budaya.

Teks penuh: PDF

Rujukan

Diterbitkan

2024-11-14