Peranan Budaya dalam Mempengaruhi Pembentukan Karakter Wanita: Analisis Kritis terhadap Cerpen-cerpen Pilihan Mawar Safei Menurut Perspektif "Mahabbah"
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml37(2)no6Abstrak
Budaya merupakan identiti yang dibentuk oleh sesebuah anggota masyarakat sebagai satu rujukan kemajuan pemikiran dan digambarkan dalam pelbagai bentuk termasuklah sastera masyarakat tersebut. Sejajar dengan itu, kajian ini bertindak untuk membincangkan peranan budaya dalam mempengaruhi pembentukan karakter yang dipaparkan dalam karya kesusasteraan Melayu. Menerusi penilaian yang ditumpukan kepada watak wanita, makalah ini memilih untuk meneliti kecenderungan Mawar Safei yang giat mengangkat model wanita Melayu-Islam dalam karya-karyanya. Kecenderungan ini dikesan dapat memberikan justifikasi tentang kemampuan penulis wanita dalam memperagakan karakter watak wanita Melayu yang unggul menerusi penulisan pengarang wanita sendiri. Hal ini juga penting untuk dibincangkan berikutan dapatan kajian-kajian lalu yang cenderung memperakukan watak wanita Melayu-Islam signifikan dengan model pemikiran Barat. Hasil dapatan seterusnya mencetuskan paradigma “reductionisme” atau pengabaian aspek falsafah dan pandangan alam Melayu-Islam dalam perbincangan tentang watak wanita dalam karya. Oleh itu, kajian ini membincangkan peranan budaya dalam pembentukan karakter wanita Islam dengan mengguna pakai kerangka analisis berteraskan Islam, iaitu Mahabbah (cinta Ilahi) bagi mengukuhkan iltizam pengarang dalam aspek berkenaan. Perbincangan aspek budaya Melayu berdasarkan konsep Mahabbah ini seterusnya difokuskan dalam tiga buah cerpen Mawar Safei, iaitu cerpen Gempa Pulau Perca, Antara Dua Rumah di Lereng Bukit serta Tangan Umi dan Takwil Mimpi dalam Kumpulan Cerpen Narasi Tanah Selandia Baru dan Kisah Lainnya (2021). Analisis dan dapatan kajian ini seterusnya merumuskan bahawa unsur budaya dalam pembentukan karakter wanita Islam dalam karya Mawar Safei merupakan refleksi ketinggian ilmu pengarang wanita dalam membimbing kemajuan pemikiran khalayak pembacanya.
Teks penuh: PDF
Ketua Editor,