Pemaparan Persekitaran dalam Peribahasa Arab dan Melayu: Perbandingan Asal Usul Peribahasa
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml37(2)no5Abstrak
Peribahasa ialah seni sastera yang mewakili fakta dan peristiwa sebenar. Kajian tentang asal usul peribahasa Arab dari segi peristiwa dan riwayatnya boleh didapatkan secara meluas. Hal ini berbeza dengan peribahasa Melayu, yang selalunya tidak diketahui asal usulnya. Walau bagaimanapun, beberapa perincian peribahasa boleh ditemukan dengan memahami makna perkataan yang berkaitan dengan alam sekitar. Sebagai contoh, peribahasa boleh merujuk orang yang memulakannya, tempat asalnya atau masa peribahasa itu disebut. Peribahasa selalunya mengandungi unsur naratif yang serupa dengan teks sastera prosa seperti novel dan cerita. Walau bagaimanapun, peribahasa dan teks sastera prosa berbeza kerana pencipta teks tersebut diketahui secara khusus, dan persekitaran mereka selalunya khayalan. Peribahasa pula lebih mirip kepada produk kolektif rakyat, dengan persekitarannya sentiasa berakar umbi, terutamanya peribahasa Melayu jika dibandingkan dengan peribahasa Arab. Oleh itu, kajian ini menganalisis perkataan tentang persekitaran dalam kedua-dua peribahasa Arab dan Melayu melalui pendekatan perbandingan deskriptif. Dapatan utama kajian ini menunjukkan bahawa walaupun cerita dan peristiwa di sebalik peribahasa Melayu hilang, kata-kata dalam peribahasa tersebut menunjukkan bahawa sifat peribahasa secara umum dikekalkan dan perkara ini menjadikan persekitaran mereka jelas asli dan bukan khayalan/rekaan. Oleh itu, setiap persekitaran mempunyai kata-kata tersendiri yang menceritakan kisah dan mengesahkan keasliannya.
Teks penuh: PDF
Ketua Editor,