Pembentukan Kerangka Kemodenan Munshi Abdullah dalam Kesusasteraan Melayu: Satu Pengamatan Kritis

Pengarang

  • Rahimah Hamdan Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml36(2)no3

Abstrak

Barat memperkenalkan kemodenan dalam kesusasteraan untuk merelevankan sumbangan keilmuan mereka di Alam Melayu. Perkara ini membawa kepada pengenalan Munshi Abdullah sebagai agen pembaharuan tersebut. Walaupun terdapat pelbagai perdebatan berhubung dengan kemodenan kesusasteraan oleh Munshi Abdullah daripada para sarjana, namun sehingga kini belum ada kesatuan idea yang sistematik berhubung dengan kerangka kemodenan kesusasteraan Munshi Abdullah. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengklasifikasikan pendapat sarjana sejak kolonialisasi sehingga kini mengenai kemodenan kesusasteraan Munshi Abdullah dan membina kerangka kemodenan kesusasteraan oleh Munshi Abdullah. Kaedah kajian bersifat kualitatif yang berbentuk teori berasas (grounded theory), iaitu teknik penjanaan data untuk mencari atau membina teori daripada data yang diperoleh serta dianalisis secara sistematik menggunakan analisis perbandingan. Dapatan kajian ini membentuk satu kerangka kemodenan kesusasteraan Munshi Abdullah yang bertitik tolak daripada dua konsep yang dapat dihasilkan, iaitu realisme dan individualisme. Realisme merangkumi penekanan kepada logik dan penolakan perkara tahyul dan khurafat manakala individualisme mementingkan penekanan kepada pandangan individu dan penolakan autoriti institusi. Menerusi pembinaan kerangka ini, kajian terhadap kemodenan dalam karya-karya kesusasteraan tradisional dan moden dapat dilakukan dengan lebih teratur. Akhirnya, kajian ini dapat memperluas pemahaman khalayak terhadap kemodenan kesusasteraan Munshi Abdullah yang selama ini tidak disokong oleh satu kerangka yang jelas.

 

Rujukan

Diterbitkan

2023-10-30