Pengantar Etika Hikayat Seri Rama: Ramayana Versi Melayu
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml35(2)no1Abstrak
Hikayat Seri Rama (HSR) Melayu mementaskan legenda Hindu yang sangat dipengaruhi oleh agama Islam dalam versi terakhir (naskhah yang dianugerahkan kepada Universiti Oxford pada tahun 1633). Makalah ini membahaskan nilai-nilai etika dalam HSR. Nilai-nilai ini disebut dalam kalimat ucapan pencerita dan ucapan watak-watak hikayat. Seringkali nilai-nilai ini sederhana sekali – satu patah perkataan sahaja (adil, ikhlas, berani, dsb.), jarang sampai suatu perenggan. Nilai-nilai tersebut membicarakan cara memimpin negeri dan tentera yang berkaitan. Nilai-nilai ini sesuai dengan dunia lelaki. Kemungkinan nilai-nilai kerajaan ini berasal daripada tradisi akhlak Arab-Parsi, khas yang dibentangkan oleh Taj al-Salatin, yang dihimpun di tempat yang sama pada waktu yang sama dengan HSR (Aceh, Sumatera Utara, abad ke-17). Makalah ini membicarakan kerelevanan nilai HSR pada masa kini. Beberapa laman web perniagaan India menjelaskan penekanan sikap menangani orang lain berdasarkan Ramayana Valmiki. Sebagai penutup, makalah ini mengungkapkan kepentingan kontemporari tanggungjawab seseorang individu seperti keadilan, kesaksamaan, kesedaran, sikap berhati-hati, kasih sayang dan memelihara nama baik.
Teks penuh: PDF
Ketua Editor,