Komunikasi Pemujukan dalam Pengurusan Emosi Watak Menerusi Hikayat Nakhoda Muda

Pengarang

  • Nadiatul Shakinah Abdul Rahman Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml35(1)no6

Abstrak

Emosi berperanan penting dalam kehidupan manusia kerana emosi mempengaruhi sebahagian besar kehidupan. Emosi merupakan anugerah Tuhan kepada manusia yang akan memberikan pelbagai reaksi, tindak balas dan tingkah laku. Emosi akan memandu dan mewarnai jalan hidup manusia. Pembentukan emosi positif dan negatif bergantung kepada penerimaan dan pentafsiran individu terhadap sesuatu peristiwa yang dialami. Emosi positif akan mendorong kepada kehidupan dan fikiran yang positif. Emosi negatif pula akan memandu ke arah kehidupan yang berliku, tidak terurus, tiada kawalan emosi dan akan mendorong kepada perlakuan di luar batasan. Sekiranya manusia beremosi negatif, dirinya akan mengalami gangguan emosi. Gangguan emosi perlu dikawal dan diuruskan dengan segera agar tidak berlarutan dan berpanjangan. Komunikasi pemujukan merupakan salah satu langkah yang tepat dalam menangani permasalahan emosi. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan menganalisis strategi komunikasi pemujukan dalam pengurusan emosi watak menerusi Hikayat Nakhoda Muda yang digunakan sebagai data kajian. Kajian ini juga turut menggunakan Teori Pertimbangan Sosial bagi mengukuhkan hujahan perbincangan. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa strategi komunikasi pemujukan terbahagi kepada dua, iaitu pemujukan komunikasi lisan dan pemujukan komunikasi bukan lisan. Oleh itu, kajian ini membuktikan bahawa pelaksanaan komunikasi pemujukan berhasil untuk mengawal dan menguruskan emosi yang terganggu dan tidak stabil.

Rujukan

Diterbitkan

2022-06-04