Epistemologi Melayu seperti yang dilihat pada penulisan Teologi Melayu yang ditulis dalam Tulisan Jawi dari Abad ke-17 hingga Abad ke-19 Masihi

Pengarang

  • Mohamad Nasrin Mohamad Nasir Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml35(1)no3

Abstrak

Makalah ini akan mengkaji isu berkaitan ilmu dan cara mendapatkan ilmu sebagaimana yang dilihat dari penulisan ulama Melayu dalam tulisan Jawi. Ulama yang dipilih adalah mereka yang telah menulis mengenai isu ini dalam penulisan mereka. Penulisan Melayu mengenai Islam dikenali sebagai kitab sebagai menandakan warisan keislaman dan latar belakangnya. Dalam penulisan kitab, terdapat penulisan mengenai aqidah, fiqah dan tasawwuf di samping aspek yang lain. Had kajian makalah ini hanya kepada kitab aqidah.Tujuannya ialah untuk mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan ilmu untuk memahami epistemology ulama Melayu terdahulu. Pandangan mengenai semua ulama Melayu itu adalah sama dalam pentafsiran agama mereka adalah tidak adil. Fakta menjelaskan yang sebaliknya, di mana ulama Melayu mempunyai pelbagai pendekatan dan pentafsiran yang bergantung kepada kepelbagaian latar belakang dan guru mereka, sekaligus menjadikan satu wadah epistemology sebagai suatu yang sukar dilakukan jika tidak mustahil. Kajian ini melibatkan teks-teks yang masih diterbitkan dan dibaca di pelbagai tempat dalam negara, sekaligus memainkan peranan penting dalam pembentukan minda Melayu Muslim. Pembentukan konsep di dalam minda dan pemahaman mengenai Islam bermula dengan pengajaran teks-teks primer ini. Penyelidikan ini akan memudahkan kefahaman mengenai Islamisasi minda Melayu Islam hari ini.

Rujukan

Diterbitkan

2022-06-04