Fungsi Keselamatan Unsur Alam dalam Landskap Tradisional Melayu berdasarkan Manuskrip Melayu Tradisional

Pengarang

  • Siti Rabiatul Adawiah Jaffar Management & Science University

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml35(2)no4

Abstrak

Elemen semula jadi pada landskap merupakan elemen sedia wujud yang terdapat pada landskap tersebut. Elemen terbabit menyumbang kepada penghasilan ekologi landskap estetik, iaitu landskap yang dapat memenuhi keperluan khalayaknya termasuklah aspek keselamatan. Tidak ketinggalan, landskap Melayu tradisional dengan elemen semula jadi seperti bentuk muka bumi, sumber perairan, flora dan fauna. Namun begitu, masyarakat Melayu kini masih kurang kesedaran tentang landskap Melayu, sehingga menyebabkan landskap Melayu tidak jelas dan tidak kuat berbanding landskap yang lain. Tambahan pula, kajian landskap dalam manuskrip Melayu masih lagi kurang diberi perhatian walhal masyarakat Melayu tradisional sememangnya mempunyai kemahiran dalam memilih dan membina landskapnya sendiri sehingga dianggap sebagai salah satu kearifan lokal. Oleh itu, berdasarkan kajian kepustakaan dan pengaplikasian teori Landskap Estetik (Landscape Aesthetic Theory), makalah ini akan mengenal pasti elemen semula jadi pada landskap Melayu dan menjelaskan fungsi keselamatan berdasarkan teks Sulalatus Salatin, Syair Siti Zubaidah Perang China dan Hikayat Patani, iaitu antara manuskrip yang diiktiraf sebagai “Warisan Ingatan Dunia” yang di dalamnya terkandung pelbagai maklumat. Elemen semula jadi pada landskap Melayu tradisional yang terkandung pada teks dibahagikan kepada tiga, iaitu dataran tanah tinggi, sumber perairan, flora dan fauna. Ketiga-tiga elemen semula jadi dilihat berfungsi sebagai alat keselamatan yang melindungi masyarakatnya daripada ancaman dan bahaya. Oleh itu, diharapkan hasil kajian ini dapat mengetengahkan kearifan tempatan masyarakat Melayu seterusnya menjadi garis panduan untuk meluaskan lagi kajian tentang landskap berdasarkan manuskrip Melayu.

 Teks penuh: PDF

Rujukan

Diterbitkan

2022-10-28