Mimpi sebagai Satu Strategi Naratif Pengarang dalam Teks Melayu Klasik Terpilih

Pengarang

  • Wan Roshazli Wan Razali Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml35(1)no2

Abstrak

Makalah ini membincangkan unsur mimpi sebagai satu strategi naratif dalam teks kesusasteraan Melayu klasik terpilih. Perbincangan ini akan menelusuri enam teks historiografi Melayu iaitu; Sulalatus Salatin, Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Banjar, Tuhfat Al-Nafis, Babad Tanah Jawa dan Syair Peperangan Aceh. Bagi memperdalamkan lagi perbincangan, teori naratif oleh Mieke Bal (2017) dijadikan sebagai metodologi utama perbincangan. Menurut Mieke Bal dalam bukunya Narratology Introduction to the Theory of Narrative (2017) telah mengetengahkan dua belas ciri penting dalam teori naratif iaitu peristiwa, watak, masa, lokasi, plot, perulangan, fokus penceritaan, teks, pengarang, deskripsi, tahap-tahap narasi dan ideologi. Namun berdasarkan analisis yang dilakukan dua belas ciri-ciri ini dapat di ringkaskan kepada lima bahagian utama iaitu teks (termasuk tema, sudut pandangan, perulangan, deskripsi, tahap-tahap narasi, plot dan fokus penceritaan), pengarang, latar (termasuk latar masa, tempat dan peristiwa), ideologi dan watak. Namun perbincangan ini akan menggunakan satu elemen sahaja iaitu ideologi pengarang. Hasil daripada penulisan bertujuan memperlihatkan kecenderungan ideologi pengarang istana menjadikan mimpi sebagai salah satu strategi dalam penulisannya untuk membentangkan kedaulatan dan ketinggian raja-raja Melayu. Justeru itu, penulisan ini telah berjaya membuktikan unsur mimpi telah dijadikan sebagai salah satu strategi naratif oleh pengarang-pengarang istana silam.

Rujukan

Diterbitkan

2022-06-03