Novelis Feminis Sabah: Sudut Pandangan Mereka

(Sabah Feminist Novelists: Views of Their Own)

Pengarang

  • Sim Chee Cheang Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah
  • Fatin Najla Omar Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml34(2)no6

Abstrak

Artikel ini meneliti karya lima penulis novel wanita pemenang anugerah novel dan isu yang dibangkitkan berkaitan dengan diskriminasi, kekurangan peluang, hegemoni patriaki dan persepsi negatif oleh badan tertentu yang mengekang wanita Melayu Sabah. Analisis diskursif tentang isu ini menggunakan pendekatan feminis ginokritik yang diperkenalkan oleh Elaine Showalter dalam eseinya yang terkenal "Toward a Feminist Poetics" (Newton, 1997). Tujuan kajian ini adalah untuk menyingkap konsep feminin "diri" dalam konteks Sabah menerusi 30 tahun pengalaman yang dipersembahkan oleh lima penulis novel wanita ini dalam gaya naratif, yang memuatkan penerokaan tentang tema, gaya bahasa dan puisi melalui lima novel bertajuk Malisiah oleh Obasiah Hj Usman (1986), Dari dalam Cermin oleh Ahmah Nordin (1992), Gadis Adikara oleh Ruhaini Matdarin (2007), Pagi di Hujung Senja oleh Kathirina Susanna Tati (2013) dan Helaian Lingkit oleh Dayangku Mastura Pg. Ismail (2016).

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2021-12-07