Motif Kelahiran, Inisiasi dan Kematian dalam Naratif Rakyat Dusun Tambunan di Sabah

(Birth, Initiation and Death Elements in the Folk Narrative of the Tambunan Dusun of Sabah, Malaysia)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml33(2)No2

Abstrak

Orang Dusun di Sabah, Malaysia bukan sahaja kaya dengan budaya kebendaan malah kaya dengan bahan folklor dalam bentuk naratif yang semakin hari semakin berkurangan bersama-sama dengan penceritanya. Kajian ini dimulakan dengan tujuan mengatasi ancaman kehilangan budaya rakyat bukan kebendaan dengan mengumpul dan menganalisis naratif rakyat, yang dikenali sebagai tangon dalam kalangan etnik Dusun di Daerah Tambunan, Sabah. Tulisan ini turut bertujuan menunjukkan satu kaedah interpretasi, yang mementingkan latar belakang sosial budaya responden dan pengaruh yang mendatangkan kesan terhadap cerita yang disampaikan. Kaedah interpretasi ini akan diaplikasikan terhadap dua puluh buah tangon, yang dikumpulkan daripada tiga belas orang pencerita etnik Dusun yang tinggal di Kampung Sunsuron, Tambunan. Analisis yang dilakukan menunjukkan satu percubaan untuk memahami Dusun Tambunan perspektif terhadap putaran hidup, khususnya unsur kelahiran, inisiasi dan kematian, yang terkandung dalam naratif rakyat mereka.

Kata kunci: Dusun Tambunan, tangon, kitaran hidup, kelahiran, inisiasi, kematian

Biografi Pengarang

  • Low Kok On, Universiti Malaysia Sabah
    Faculty of Humanities, Arts & Heritage University Malaysia Sabah
  • Sim Chee Cheang, Universiti Malaysia Sabah
    Faculty of Humanities, Arts & Heritage University Malaysia Sabah

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2020-12-01