Potret Kepimpinan Wanita dalam Wajah Seorang Wanita dari Perspektif Pendekatan Pengurusan

(Portrayal of Women's Leadership in Wajah Seorang Wanita from the Management Approach Perspective)

Pengarang

  • Sara Beden Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml33(2)No6

Abstrak

Wanita memiliki banyak keistimewaan dan berperanan penting dalam institusi keluarga. Dewasa ini ramai wanita yang menceburkan diri dalam pelbagai bidang pekerjaan termasuklah keusahawanan, perniagaan, dan politik. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis ciri-ciri kepimpinan seorang wanita sebagai peneraju dan pentadbir keluarga yang biasanya diterajui oleh kaum lelaki. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan pengurusan dengan penumpuan terhadap prinsip kepimpinan dengan menggunakan novel Wajah Seorang Wanita karya S.Othman Kelantan. Metode kepustakaan dan kualitatif diterapkan dalam kajian ini. Dapatan analisis memperlihatkan pengaplikasian tiga daripada empat dimensi dalam prinsip kepimpinan, iaitu dimensi pentadbiran, dimensi ekonomi dan dimensi pendidikan menerusi watak utamanya, Siti Musalmah. Siti Musalmah dipotretkan sebagai wanita yang berjaya memimpin dan mentadbir keluarganya setelah kematian suami tercinta. Kajian ini juga menzahirkan peranan wanita, sekali gus mengangkat martabat wanita sebagai ketua keluarga, meskipun watak utamanya terpaksa mengharungi cabaran yang hebat sebagai ibu tunggal. Impaknya, Pendekatan Pengurusan menerusi prinsip kepimpinan memiliki kekuatan untuk memugar dan merincikan ciri-ciri pengurusan yang dipraktikkan oleh kaum wanita bagi mensejahterakan keluarga. Wajah Seorang Wanita mempotretkan kepimpinan wanita semasa zaman pendudukan Jepun.

Kata kunci: ciri-ciri, potret, dimensi pendidikan, dimensi pentadbiran, dimensi ekonomi

Biografi Pengarang

  • Sara Beden, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak
    Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2020-12-01