Alkimia Kebahagiaan dalam "Malam Ini Penyu Menangis" Karya Noordin Hassan

(The Alchemy of Happiness in Noordin Hassan's "Tonight, The Turtles Cry")

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml.33(1)no5

Abstrak

Makna kebahagiaan ialah tumpuan utama baharu dalam pengajian kesusasteraan. Walaupun di Barat hal ini telah dianalisis melalui hubungannya dengan tragedi, sebuah genre drama, belum ada lagi penyelidikan yang serupa, sepanjang yang diketahui, dalam konteks teater Islam. Sebagai pengasas teater fitrah, sebuah teater Islam, Noordin Hassan dan dramanya memberikan ruang yang cukup untuk menerokai isu kebahagiaan. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan "Malam Ini Penyu Menangis" (1994), karya Noordin Hassan, berdasarkan kerangka konsep kebahagiaan Islam yang diperoleh daripada dua ahli falsafah, al-Ghazali dan al-Attas. The Alchemy of Happiness (1910) dan Ihya' 'Ulum-id-Din (1982) karya al-Ghazali serta "The Meaning and Experience of Happiness" (2014) karya al-Attas ialah teks teoretis utama kerangka kerja ini diambil. Unsur kerangka kebahagian ini terdiri daripada yang berikut: mengetahui diri sendiri, mengenali Allah SWT, mengenali dunia ini, termasuk cara-cara membina dan mengeratkan hubungan seseorang dengan keluarga dan masyarakat, serta menghargai alam semula jadi dan, yang terakhir, mempunyai keyakinan teguh mengenai wujudnya akhirat. Kaedah analisis yang digunakan adalah dengan mencermati karya sastera dengan teliti. Dapatan penelitian menunjukkan aspek penting dalam drama Noordin mencerminkan komponen kebahagiaan ini dan memperlihatkan nilai yang diperlukan untuk mengekalkan kesejahteraan seseorang insan.

Kata kunci: Kebahagiaan, Noordin Hassan, al-Ghazali, al-Attas, teater Islam

Biografi Pengarang

  • Aimillia Mohd Ramli, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
    Department of English Language and Literature, Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences, International Islamic University Malaysia

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2020-06-09