Keupayaan Novel Komsas Menerapkan Nilai Perpaduan Bersikap Terbuka dalam Kalangan Murid
(The Suitability of KOMSAS Novels for Inculcating Open-Mindedness Among Secondary School Students)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml33(2)No7Abstrak
Perpaduan kaum sudah lama wujud dan sebati dalam kehidupan masyarakat di negara kita. Kewujudan masyarakat berbilang kaum di negara kita masih utuh biarpun adakalanya berlaku pergeseran sama ada dari segi ekonomi, politik mahupun sosial. Bagi memastikan perpaduan kaum kekal terpelihara, sistem pendidikan kebangsaan melalui KSSM diperkenalkan untuk meningkatkan keharmonian masyarakat. Melalui Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Kementerian Pendidikan menetapkan nilai perpaduan untuk dipelajari oleh murid-murid melalui karya KOMSAS, dan salah satunya nilai perpaduan bersikap terbuka. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan novel KOMSAS menerapkan perpaduan dalam kalangan murid, iaitu dengan menganalisis, membincangkan dan menjelaskan nilai perpaduan bersikap terbuka yang merupakan elemen perpaduan dalam KSSM yang terdapat dalam novel KOMSAS mengikut Teori Cerminan Lukacs. Kajian berbentuk kualitatif ini menganalisis kandungan novel Jendela Mengadap Jalan dipadankan dengan Teori Cerminan Lukacs mengikut nilai perpaduan dalam KSSM. Hasil kajian mendapati novel Jendela Mengadap Jalan menerapkan nilai-nilai perpaduan bersikap terbuka seperti yang digariskan dalam KSSM. Dua pendekatan digunakan oleh pengarang untuk penelitian nilai perpaduan dalam karya, iaitu pendekatan dialog dan pemerian. Didapati nilai perpaduan dalam novel ini wajar diterapkan, seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian murid-murid. Nilai perpaduan bersikap terbuka sewajarnya disampaikan dengan dengan cara yang berhemah oleh guru, seperti secara memujuk dan melarang. Dapatan kajian ini memberikan implikasi, iaitu pemupukan perpaduan untuk pengharmonian kaum di negara ini dapat diterapkan menerusi novel KOMSAS.
Kata kunci: Pendidikan; nilai perpaduan; novel KOMSAS; KSSM; Teori Cerminan Lukacs
Ketua Editor,