Puisi Exile Mahroso Doloh: Suara dari Tanah Asing dalam Kiblat Cinta-Kumpulan Sajak Suara Bunga Patani

(Exile Poems of Mahroso Doloh: Voices From Foreign Land in Kiblat Cinta-Kumpulan Sajak Suara Bunga Patani)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml.32(2)no7

Abstrak

Exile ialah istilah tentang buangan dan terasing, yang melibatkan pengarang ataupun karyanya yang dihasilkan dalam keadaan terpinggir sama ada di tempat hijrah yang baharu, ataupun di tanah kelahiran sendiri. Exile boleh berlaku atas kerelaan sendiri, ataupun akibat terpaksa kerana tekanan ekonomi, politik, perundangan ataupun ketenteraan. Lantaran istilah ini mencakupi pengertian yang meluas, maka dikekalkan penggunaannya sebagai exile bagi membincangkan sejumlah puisi yang ditulis oleh Mahroso Doloh dalam kumpulan puisinya Kiblat Cinta - Kumpulan sajak suara bunga Patani. Melalui kajian ini dijelaskan pengertian exile ini melalui pandangan beberapa orang sarjana, dan dibincangkan penampilannya dalam sajak-sajak Mahroso Doloh melalui dua topik, iaitu tindak balas pengarang exile dan pengalaman pengarang exile. Hasilnya ditemukan apa itu yang dikatakan sebagai karya kesusasteraan exile dan bagaimana kesusasteraan exile dimanfaatkan oleh pengarang exile untuk memperoleh kelegaan atau ketenangan, sama ada di tanah hijrahnya ataupun di tempat asalnya.

Kata kunci: exile, buangan, terasing, tanah asal, tanah hijrah

Biografi Pengarang

  • Mohamed Nazreen Shahul Hamid, Universiti Sains Malaysia
    Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia
  • Rahimah A. Hamid, Universiti Sains Malaysia
    Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2019-12-05