Mengubah Landskap Naratif: Cerpen Sabah Terpilih 1980-an hingga Alaf Baharu

(Changing Narrative Landscape: Selected Sabah Short Stories from the 1980's to the New Millenium)

Pengarang

  • Nursuhaila Sulaiman University Malaysia Sabah
  • Sim Chee Cheang Universiti Malaysia Sabah image/svg+xml
  • Asmiaty Amat University Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml.32(2)no4

Abstrak

Makalah ini bertujuan menyingkap perubahan Kesusasteraan Melayu di Sabah dengan meneliti tema dan gaya naratif bagi beberapa cerpen terpilih yang terbit dalam majalah Wadah, yang diterbitkan dari tahun 1980-an hingga hari ini. Wadah ialah majalah kesusasteraan Melayu yang diasaskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986 dan direka untuk menggalakkan pertumbuhan bahasa dan sastera Melayu. Daripada analisis kritis terhadap enam cerpen gaya naratif oleh Azmah Nordin Lumbai (1987), Jonathan Kandok's "Mimpi Burubut" (1988), Sitti Rahman G. Ibrahim's "Lapik Pinang" (1994), Kathrina Tahti's "Sogit" (2000), Juri Durabi's "Aur Sungai & Tebing" (2017) and Chacho Muhama's "Atap Nipah" (2017) perubahan terhadap tema dan watak yang sering muncul menyumbangkan pemahaman yang lebih baik terhadap pembinaan sastera Melayu sebagai sebahagian daripada Kesusasteraan Malaysia. Cerpen ini dipilih berdasarkan kemapanan penulis dalam penulisannya dan sumbangan mereka dalam genre tertentu. Selain meneliti perkembangan kesusasteraan di Sabah melalui pendekatan berstruktur cerpen tahun 1980-an hingga alaf 2000 kajian ini memaparkan pengaruh sosiopolitik yang membentuk sastera Melayu Sabah dalam perkembangan kesusasteraan Melayu.

Kata kunci: kesusasteraan Melayu Sabah, Wadah, Cerpen 1980-2017, warna tempatan

Biografi Pengarang

  • Nursuhaila Sulaiman, University Malaysia Sabah
    Faculty of Humanities, Arts & Heritage, University Malaysia Sabah
  • Sim Chee Cheang, Universiti Malaysia Sabah
    Faculty of Humanities, Arts & Heritage, University Malaysia Sabah
  • Asmiaty Amat, University Malaysia Sabah
    Faculty of Humanities, Arts & Heritage, University Malaysia Sabah

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2019-12-05