Membaca Sejarah dalam Karya Sastera: Analisis Novel Sejarah Kalbu Qalha

(Reading History in Historical Literature: An Analysis of the Historical Novel Kalbu Qalha)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml.32(1)no2

Abstrak

Sejarah sejak sekian lama telah menjadi satu daripada bahan sumber kreatif pengarang dalam usaha menghasilkan karya sastera yang bermutu. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam sejarah wujud kebenaran yang dapat disampaikan kepada pembaca atau khalayak untuk dijadikan renungan bersama. Dalam artikel ini peristiwa yang berlaku dalam sejarah diteliti menerusi novel mutakhir Kalbu Qalha karya Amelia Hashim yang berlatarkan sejarah Kedah dari awal pembukaannya, penjajahan Siam dan seterusnya campur tangan Inggeris. Analisis novel dalam artikel ini memanfaatkan kerangka teori yang diperkenalkan oleh Lukacs bagi menunjukkan bahawa sejarah dapat dibaca melalui karya sastera. Novel ini didapati berjaya mengangkat sejarah dan tokoh yang tidak diketahui umum kepada khalayaknya. Hal ini membuktikan bahawa karya sastera bukannya hasil rekaan semata-mata.

Kata kunci: Kalbu Qalha, Novel Sejarah, Sejarah, Amelia Hashim, Kedah

Biografi Pengarang

  • Mohamed Nazreen Shahul Hamid, Universiti Sains Malaysia
    School of Humanities, Universiti Sains Malaysia

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2019-06-03