Wasilah Ibrah dan Tarbiah dalam Kuasa Kata dari Lisan Mengalir ke Lautan Aksara

(Ibrah and Tarbiyah: The Approaches to Learning and Teaching in Kuasa Kata dari Lisan Mengalir ke Lautan Aksara)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml.28(2)no4

Abstrak

Peri pentingnya hubungan antara pengajaran dan pendidikan dalam relung kehidupan, bukan sekadar suatu bahan dalam mata pelajaran atau sukatan persekolahan, atau unsur yang diperoleh dalam teks kesusasteraan dalam proses pembacaan. Dua elemen ini, iaitu ibrah (pengajaran) dan tarbiah (pendidikan) dalam perspektif Islam mempunyai maksud yang lebih lebar pengungkapannya bagi membangunkan keutuhan masyarakat. Didapati kedua-dua elemen ini, ibrah dan tarbiah sebagai satu paduan kukuh untuk membentuk nilai luhur dalam kehidupan dan kemasyarakatan. Oleh itu, makalah ini memperkatakan tentang wasilah ibrah dan tarbiah dalam tulisan memoir Mahaya Md. Yassin, Kuasa Kata dari Lisan Mengalir ke Lautan Aksara. Makalah ini memperlihatkan kepentingan wasilah ibrah dan tarbiah dalam karya terbabit yang mengajukan hubungan manusia dengan manusia (habl min al-Nas) dan hubungan manusia dengan Yang Maha Pencipta (habl min Allah). Berdasarkan kajian jelas menunjukkan bahawa pengarang mengungkapkan empat wasilah ibrah dan tarbiah dalam tulisannya, iaitu dalam keluarga, kerjaya, karya dan kepimpinan sebagai sandaran perutusan yang bermanfaat buat khalayak pembaca. Kajian ini juga memperlihatkan bahawa buku memoir berguna sebagai panduan dan pedoman dalam menggalurkan ibrah dan tarbiah buat semua.

Kata kunci: wasilah, ibrah, tarbiah, teks kesusasteraan, memoir

Biografi Pengarang

  • Kamariah Kamarudin, Universiti Putra Malaysia
    Malay Language Department, Faculty of Modern Languages and Communication

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2015-12-01