Pengakhiran Cerita: Suatu Teknik dalam Karya Teater Absurd Melayu

(Closure: An Appropriated Technique in Malay Absurd Plays)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml.28(2)no2

Abstrak

Zaman teater eksperimental pada tahun 1970an telah membawa satu perubahan besar dalam perkembangan teater Melayu moden. Teater yang dihasilkan pada era ekperimental bersifat absurd kerana pendekatan dan percubaannya yang cenderung ke arah falsafah absurd dari Barat. Teknik yang paling ketara dalam teater berbentuk ini ialah pengakhiran cerita berlaku seperti permulaan cerita yang menunjukkan kehidupan yang tiada makna. Namun demikian, teknik ini didapati tiada dalam teater Melayu beraliran absurd. Bersesuaian dengan masyarakat tempatan yang masih lagi kukuh berpegang kepada agama dan budaya, beberapa penulis telah melakukan pengubahsuaian dalam penghasilan karya teater mereka. Berbanding dengan teknik biasa dari Barat, iaitu tiada pengakhiran kepada setiap konflik yang diutarakan, teater absurd tempatan telah melakukan sebaliknya. Teater absurd Melayu memberikan harapan kepada persoalan yang diletakkan dalam plot cerita. Oleh yang demikian menurut Solehah (1970) teater absurd "ala" Malaysia mempunyai bentuk dan kelas yang tersendiri. Makalah ini akan memfokuskan kepada kaedah yang digunakan oleh dua penulis teater iaitu Dinsman, dalam Bukan Bunuh Diri dan Vakuum karya allahyarham Anuar Nor Arai. Pengakhiran cerita yang diberikan oleh penulis ini memberikan harapan kepada teater absurd Melayu yang tidak mendukung unsur pesimis dan putus harapan. Bentuk baharu ini, menunjukkan berakhirlah zaman teater realistik dalam tradisi teater Melayu moden.

Kata kunci: teater absurd, teknik pengakhiran, teater Melayu Moden, harapan dan teater realistik

Biografi Pengarang

  • Mas Rynna Wati Ahmad, Universiti Kebangsaan Malaysia
    School of Malay Language, Literature and Culture Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2015-12-01