Imej Orang Eropah dalam Hikayat Mareskalek
(The Image of the Europeans in Hikayat Mareskalek)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml.29(1)no4Abstrak
Makalah ini membicarakan Hikayat Mareskalek sebagai sebuah genre adab yang mengajar raja-raja Melayu melalui watak dan perwatakan seorang pentadbir Eropah. Hikayat ini ditulis pada abad ke-18/19, iaitu abad yang menyaksikan kemunculan bukan sahaja bentuk kepengarangan jenis-jenis baru tetapi juga pengenalan genre baru yang bermodelkan bentuk penulisan yang diperkenalkan orang Eropah. Di bawah pengaruh dan naungan Eropah, karya transisi memperlihatkan kecenderungan untuk bersifat pro-Eropah dari sudut subjek penceritaan dan orientasi pemikiran. Namun, fenomena pesona Eropah ini sebenarnya tidak berlaku secara menyeluruh. Hikayat Mareskalek (Maarschalk Willem Daendals) yang ditulis oleh Abdullah al-Misri di Pontianak pada tahun 1815 ini merupakan antara karya yang tidak memperlihatkan kecenderungan sedemikian. Walaupun hikayat ini menggunakan orang Eropah sebagai judulnya, tetapi tidak menjadikannya subjek penceritaan, sebaliknya dengan bijak mengeksploitasi dan memanipulasi seluruh sifat, sikap dan tindak-tanduknya untuk tujuan menjadi "cermin" kepada raja-raja Melayu.
Kata Kunci: Hikayat Mareskalek, Maarschalk Willem Daendals, genre adab, Abdullah al-Misri, cermin raja-raja Melayu
Ketua Editor,