Kearifan Tempatan Orang Melayu: Refleksi melalui Hikayat Pelandok Jenaka

(Reflections of Local Genius in Hikayat Pelandok Jenaka)

Pengarang

  • Sakinah Abu Bakar Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml.29(1)no2

Abstrak

Isu kemanusiaan menjadi subjek yang dominan dalam karya kesusasteraan kerana manusia dan kemanusiaan merupakan suatu gabungan elemen fizikal dan mental yang cukup kompleks. Kompleksiti itu terjadi kerana amalan kebudayaan yang berbeza mengikut negara, kaum, agama serta kepercayaan yang kemudiannya membentuk cara hidup, personaliti dan perwatakan. Genre kesusasteraan secara amnya cuba memaparkan kembali perbezaan, keunikan serta kompleksiti yang terpamer dalam kehidupan manusia. Manakala kemanusiaan adalah nilai yang universal yang dapat digarap dan dimanfaatkan sebagai impak bermakna dalam kehidupan manusia daripada pembacaan terhadap genre kesusasteraan. Nilai ini turut dapat digarap dalam cerita binatang yang menjadi salah satu cabang cerita rakyat. Cerita binatang merupakan sisipan tindak tanduk manusia dan kemanusiaan menerusi watak-watak binatang. Watak dan perwatakan tersebut digarap oleh pengarang masa lampau sebagai pernyataan kemanusiaan dengan begitu halus dan menarik. Konflik antara watak-wataknya adalah paparan fenomena yang berlaku dalam kehidupan sebenar manusia. Isu kepimpinan, konflik dan penyelesaian dipersembahkan dalam penceritaan yang bersahaja, ringan dan berunsur lelucon. Unsur lelucon disaring dengan pemikiran jernih yang menyajikan kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan khususnya berkaitan fenomena alam sekitar. Artikel yang membincangkan kisah-kisah pilihan daripada Hikayat Pelandok Jenaka ini memaparkan konflik-konflik yang terjadi dalam kelompok masyarakat binatang serta kaedah penyelesaiannya sebagai refleksi kearifan masyarakat Melayu lampau.

Kata kunci: cerita binatang, refleksi kearifan Melayu, Hikayat Pelandok Jenaka, penyelesaian konflik

Biografi Pengarang

  • Sakinah Abu Bakar, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2016-06-01