Falsafah Konfusius dalam Novel Air Mata Ibu Karya Soo Cham
(Confucian Philosophy in Soo Cham's Air Mata Ibu)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml.32(1)no7Abstrak
Makalah ini bertujuan untuk menganalisis falsafah konfusius yang terdapat dalam novel Air Mata Ibu karya Soo Cham. Kajian ini dijalankan dengan bertitik tolak daripada pemahaman bahawa sastera bukan sekadar bersifat indah tetapi sarat dengan falsafah yang ingin disampaikan kepada pembaca dan merangkumi semua aspek dalam kehidupan manusia. Oleh itu, kajian ini cuba meneroka falsafah Konfusius dalam novel karya penulis Cina, Soo Cam (2007). Hasil kajian menunjukkan konsep yang dibawa oleh Konfusius, iaitu ren, zhi, yi, li dan kepentingan pendidikan dapat diaplikasikan dalam kehidupan manusia dan terdapat dalam novel ini.
Kata kunci: Falsafah konfisius, ren, zhi, yi, li, pendidikan, novel, Cina
Ketua Editor,