Mitos, Neo-Kolonialisme dan Neo-Noir dalam Dua Filem Arahan Dain Said

(Myth, Neo-Colonialism and Neo-Noir in Two Films by Dain Said)

Pengarang

  • Abdul Wahab Hamzah Dewan Bahasa dan Pustaka

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml.31(2)no8

Abstrak

Dain Said salah seorang pengarah filem Malaysia yang berkemampuan tinggi. Dua filem arahannya, Bunohan (2011) dan Interchange (2016) bukan sahaja memenangi anugerah filem terbaik dan pengarah terbaik malah banyak ditayangkan di festival filem dunia yang berprestij. Bunohan dan Interchange berbeza dengan kebanyakan filem Melayu kontemporari. Kedua-dua filem memaparkan tema dan plot yang sama, iaitu pembunuhan dengan pendekatan noirist. Walau bagaimanapun pembunuhan hanya lapisan permukaan yang terdiri daripada beberapa lapis naratif. Dalam kedua-dua filem Dain berminat dengan menggabungkan mitos, imperialisme dan kapitalisme dalam konflik tradisi dan modern. Walaupun mitos bercampur dengan elemen fantasi, tetapi mitos menjadi sebahagian proses ideologi peneutralan. Mitos mempunyai peranannya dalam asal usul bangsa, sejarah dan identiti negara. Kolonialisasi dan kapitalisme dalam diam membunuh budaya tradisi dan mitos yang menjadi sebahagian daripada ideologi negara. Makalah ini menganalisis budaya tradisi dan mitos yang sepatutnya menjadi elemen penting dalam menolak perangkap neo-kolonialisme atau lebih dikenali sebagai globalisasi. Filem Bunohan dan Interchange membuktikan Dain Said sebagai filem auteur yang mempunyai kelasnya yang tersendiri.

Keywords: myth, Colonialism, Auteur, Malay film, Neo-Noir

Biografi Pengarang

  • Abdul Wahab Hamzah, Dewan Bahasa dan Pustaka

    Wilayah Utara

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-12-11