Mesej Kerukunan Rumah Tangga dalam Seni Kata Lagu Dikir al-Burdah di Sarawak

(The Message of Household Harmony in the Song Lyrics of Dikir al-Burdah among the Malay Community in Sarawak)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml.31(2)no4

Abstrak

Kajian ini bertitik tolak daripada amalan masyarakat Melayu di Sarawak yang menjadikan dikir al-Burdah antara acara yang dipersembahkan dalam majlis perkahwinan. Kajian ini meneliti secara khusus seni kata lagu dikir al-Burdah yang berkaitan dengan perkahwinan. Objektif kajian ini, mengenal pasti mesej yang terkandung dalam seni kata lagu dikir al-Burdah berkaitan perkahwinan, dan seterusnya menilai kesejajaran mesej tersebut dengan ajaran Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis teks, dengan menjadikan lima seni kata lagu dikir al-Burdah yang diperoleh daripada Pertubuhan An-Nur, Kampung Melango Baru, Daerah Saratok, Sarawak, sebagai teks. Analisis mendapati bahawa kesemua seni kata lagu dikir al-Burdah yang dikaji mengutarakan mesej tentang kerukunan rumah tangga, yang didapati sejajar dengan ajaran Islam seperti yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis.

Kata kunci: dikir al-Burdah; Pertubuhan An-Nur, Kampung Melango Baru; majlis perkahwinan; mesej; Islam

Biografi Pengarang

  • Noryamisma Ismail, Universiti Putra Malaysia

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

  • Mohd. Zariat Abdul Rani, Universiti Putra Malaysia

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

  • Fazilah Husin, Universiti Putra Malaysia

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

  • Norazlina Haji Mohd Kiram, Universiti Putra Malaysia

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-12-11