Pola, Sistem dan Estetika Fitrah dalam Puisi daripada Kumpulan Puisi Yang Menyala Karya Norjannah Ma: Satu Kritikan Fitrah
(Pattern, System and Aestetics of Fitrah in the Poems of Norjannah MA in Kumpulan Puisi Yang Menyala: A Fitrah Criticism)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml.31(1)no7Abstrak
Salah satu aspek penting dalam ajaran Islam ialah fitrah. Muslimin diwajibkan mempercayai fitrah sebagai sesuatu yang wujud semenjak azali lagi. Manusia diyakini berpotensi Islam, iaitu mereka diciptakan untuk mengabdikan dirinya kepada Allah. Mereka yang tidak dilahirkan sebagai Muslim seperti Norjannah MA, yang kemudiannya kembali kepada fitrahnya apabila memeluk agama Islam. Penulis yang berstatus mualaf ini melalui proses mengenal dan mendalami agama baharunya. Tujuan kajian dalam makalah ini adalah untuk membincangkan persoalan fitrah yang dilalui oleh Norjannah MA, dan bagaimana persoalan itu disampaikan dalam karyanya yang bertajuk Kumpulan Puisi Yang Menyala (2017). Kajian ini menggunakan teori kritikan fitrah yang berasaskan tiga prinsip, iaitu pola, sistem dan estetika fitrah. Hasil kajian ini menunjukkan pola fitrah yang berteraskan akidah menjadi topik penting dalam karya ini. Cinta kepada Allah menjadi pola fitrah yang dominan. Mencari cinta Allah itu tidak mudah dan sistem fitrah menunjukkan bahawa nafsu amarah sering menjadi halangan yang kuat kepada Norjannah. Dari segi estetika fitrah, pola fitrah dan sistem fitrah yang bincangkan tidak memperlihatkan penyampaian yang puitis. Istilah Arab banyak digunakan sehingga kehadirannya mengganggu ekspresi penulis dan penghayatan pembaca.
Kata kunci: Fitrah, kritikan fitrah, Norjannah MA, Kumpulan Puisi Yang Menyala
Ketua Editor,