Perancangan Bestari dalam "Hikayat Khoja Maimun": Aplikasi Prinsip Perancangan dalam Pendekatan Pengurusan

(Smart Planning in the Saga of Khoja Maimum: Applications of Principles in Planning Management Approach)

Pengarang

  • Sara Beden Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml.31(1)no4

Abstrak

Makalah ini bertujuan menganalisis strategi penyelesaian masalah yang berhubung dengan isu moral dalam prosa tradisional "Hikayat Khoja Maimun" daripada dimensi prinsip perancangan dalam pendekatan pengurusan yang merupakan salah satu pendekatan dalam dunia kritikan sastera tanah air. Kaedah yang diaplikasikan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif dengan memberikan fokus terhadap analisis teks. Analisis ini mengaplikasikan aspek perancangan dalam model prinsip perancangan berlandaskan empat peristiwa yang telah diklasifikasikan dalam "Hikayat Khoja Maimun". Dapatan analisis menunjukkan pembentukan strategi penyelesaian masalah yang bervariasi oleh watak Bayan bagi mengatasi masalah atau isu moral berhubung dengan pelanggaran moral dan etika oleh watak Bibi Zainab. Berdasarkan analisis, strategi yang digunakan ialah pujian dan sokongan, teknik analogi peribadi, bercerita atau berhikayat, pertanyaan, membuat kritikan dan sokongan, menarik perhatian dan memberikan nasihat. Pembentukan strategi penyelesaian masalah yang bervariasi ini memperlihatkan bahawa perancangan bestari dan sistematik amat signifikan. Hikayat ini dapat mengungkapkan kebijaksanaan daya intelektual dan ketajaman pengamatan pemikiran masyarakatnya.

Kata kunci: strategi penyelesaian masalah, "Hikayat Khoja Maimun", model prinsip perancangan, perancangan bestari, bervariasi, analogi, berhikayat

Biografi Pengarang

  • Sara Beden, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak

    Jabatan Pengajian Melayu

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-06-01