Kumpulan Sajak Sungai, Laut dan Kita Karya Morsidi M.H.: Cerita Penyair tentang Kehidupan
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml35(1)no7Abstrak
Sajak menjadi pilihan popular dalam kalangan penulis Brunei. Natijahnya, ramai penulis tanah air yang menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (S.E.A.Write Award) datangnya daripada genre sajak. Paling mutakhir, pada tahun 2021 Morsidi M.H diangkat sebagai penerima anugerah tersebut dengan hasil karya Kumpulan Sajak Sungai, Laut dan Kita yang diterbitkan pada tahun 2021. Buku ini mengandungi 57 buah sajak dan dibahagikan kepada empat tema, iaitu Denyut Nadi dan Perjalanan Hidup (20 buah sajak), Tanah Air (7 buah sajak), Alam dan Makna Hidup (12 buah sajak), Introspeksi dan Hakikat Hidup (18 buah sajak). Sesuai dengan kandungan dan judul, kumpulan sajak ini mengemukakan tentang kehidupan yang seiring dengan masa yang sentiasa bergerak ke depan. Hal ini menggarap imaginasi, kebijaksanaan dan emosi penyair untuk menghasilkan sajak. Tema Denyut Nadi dan Perjalanan Hidup saling berhubung kait di antara satu sama lain. Hal ini menarik perhatian untuk dijadikan penelitian dengan berobjektifkan untuk mentafsir dan menghuraikan peristiwa yang dilalui penyair tentang kehidupan sepanjang edaran masa yang terakam dalam bentuk bait-bait karangan sajaknya. Membaca secara rinci teks sajak-sajak dalam bahagian Denyut Nadi dan Perjalanan Hidup tidak memadai, oleh kerana itu diganding dengan pendekatan ekspresif untuk lebih berkesan dan mencapai objektif penelitian ini. Dapatan hasil kajian, sajak-sajak ini berkongsi tentang erti kehidupan, iaitu sebuah perjalanan kehidupan yang bukannya dianggap mudah untuk dilalui terutamanya berhadapan dengan pelbagai sifat manusia. Perjalanan kehidupan ini dilalui seiring dengan peredaran masa dan disedari akhirnya tidak ada jalan yang paling terbaik meniti perjalanan kehidupan ini kecuali dengan keimanan dan pedoman ajaran Islam.
Ketua Editor,