Isu Pertembungan Sosial dalam Novel Ke Hujung Usia Berdasarkan Teori Konflik Fungsional Coser
(Issues of Social Conflict in Ke Hujung Usia based on Coser's Functional Conflict Theory)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml33(2)No5Abstrak
Kajian ini bertujuan memahami bentuk-bentuk konflik sosial dalam novel Ke Hujung Usia (2018) karya A. Rahman C.M. berdasarkan Teori Konflik Fungsional Lewis A. Coser yang meletakkan konflik sebagai indikator suatu hubungan yang sihat dalam pembentukan sesebuah struktur masyarakat. Pertembungan berlaku antara watak-watak dalam novel tersebut seperti Tuk Aki, Tuan Guru Haji Munir, pegawai-pegawai Pejabat Daerah, Rasol (Setiausaha Politik Menteri Besar), Umar yang mewakili para pelajar di Pondok Haji Hamid. Konflik antara watak-watak tersebut memberikan implikasi yang positif kepada integrasi, kesepakatan serta kekuatan kelompok dalam kalangan para pelajar dan kedudukan Tuk Aki sendiri sebagai mudir di pusat pendidikan agama tersebut. Berdasarkan pandangan Coser, konflik tidak bersifat negatif kerana pertembungan kelompok luar merupakan peristiwa normal yang sebenarnya dapat memperkuat struktur sosial. Dengan hal yang demikian, Coser menolak pandangan bahawa ketiadaan konflik sebagai indikator kepada kekuatan dan kestabilan sesuatu hubungan. Berdasarkan pemikiran Coser, konflik Tuk Aki dan kelompok luar telah membantu mengukuhkan hubungan struktural, selain meningkatkan integrasi sesama pelajar yang dipimpin oleh Umar. Tahap kesepakatan kelompok sosial tersebut wujud kerana sesebuah konflik memiliki komunikasi dua hala dan peranan injap keselamatan sebagai medium untuk mengawal konflik yang peranannya dimainkan oleh Tuk Aki.
Kata Kunci: konflik fungsional, kelompok dalam, kelompok luar, indikator, injap keselamatan
Ketua Editor,