Novel Revolusi Kemerdekaan karya Pramoedya Ananta Toer dalam Perspektif Hegemoni Jurnalistik
(Pramoedya Ananta Toer's Novels on Independence Revolution from the Perspective of Journalistic Hegemony)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml34(1)no4Abstrak
Kerangka konseptual hegemoni jurnalistik merupakan pendekatan dalam kajian terhadap kedudukan karya sastera dalam semua genre. Kerangka ini berfungsi atas prinsip bahawa sesebuah karya sastera merupakan media kreatif yang memiliki fakta, data dan realiti yang difiksyenkan yang bertujuan menyebarkan maklumat kepada pembacanya yang berperanan seperti media konvensional. Berdasarkan penyelidikan perpustakaan dan analisis kandungan, kajian ini membuktikan novel Pramoedya Ananta Toer yang bertema Revolusi Kemerdekaan Indonesia (1945-1949), iaitu Di Tepi Kali Bekasi (1951), Keluarga Gerilya (1955), Sekali Peristiwa di Banten Selatan (1963) dan Larasati (2003) merupakan media kreatif untuk mewujudkan kesedaran kelas marginal Jawa. Fokus kajian ini adalah untuk membuktikan bahawa novel Pramoedya Ananta Toer merupakan media kreatif untuk menggerakkan hegemoni dan kesedaran mental kelas sosial yang diwakilinya dalam aspek intelektual dan ideologi. Kerangka konseptual hegemoni jurnalistik yang dibina berdasarkan prinsip hegemoni tandingan oleh Antonio Gramsci dan teori komunikasi. Teori Jarum Hipodermik meletakkan novel revolusi Pramoedya Ananta Toer berfungsi menyampaikan informasi secara kreatif dengan tujuan mewujudkan kesedaran dan seterusnya membawa kelas marginal Jawa keluar daripada kesedaran palsu yang dibina oleh para elit birokrasi tradisional dan kolonialisme Belanda di Jawa.
Kata kunci: Hegemoni jurnalistik, intelektual, ideologi, Teori Jarum Hipodermik, kelas marginal
Ketua Editor,