Gema Merentas Lautan: Prosa Terpilih Hamzah Hussin dan Trilogi The House of Earth oleh Pearl S. Buck

(Echo Across the Ocean- Selected Prose Of Hamzah Hussin and The House Of Earth Trilogy By Pearl S. Buck)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml.32(1)no5

Abstrak

Artikel ini memfokuskan isu hubungan luar kesusasteraan Melayu modern pada awal abad ke-20. Artikel ini memanfaatkan kaedah kesusasteraan bandingan dalam penelitian terhadap tiga novel terkenal penulis Melayu, Hamzah Hussin di antara tahun 1951 dan 1956. Artikel ini bertujuan untuk menjejaki kemungkinan hubungan dengan novel terkenal trilogi The House of Earth (1931-1935) oleh penulis Amerika dan pemenang hadiah nobel, iaitu Pearl S. Buck. Daripada analisis menunjukkan terdapat kaitan antara novel-novel Hamzah Hussin dan Pearl S. Buck tentang isu yang diutarakan dan jalan cerita. Novel kedua-dua penulis ini berkongsi tumpuan imej yang sama, iaitu rumah atau kediaman yang menyediakan asas pembangunan plot. Selain itu, watak wanita dalam novel mereka didapati berkongsi permasalahan yang sama. Diharapkan artikel ini mengundang kajian lanjutan pada masa akan datang terhadap pengaruh oksidental dalam karya penulis dan kesusasteraan Melayu.

Kata kunci: Kesusasteraan Melayu, prosa Amerika, novel Hamzah Hussin, Pearl S. Buck, hubungan persuratan, pengaruh oksidental

Biografi Pengarang

  • Evgeniya S Kukushkina, Moscow State University
    Department of Philology of Southeast Asia, Korea and Mongolia, Institute of Asian and African Studies

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2019-06-03