Budaya Jepun dalam Sastera Melayu Moden: Pengalaman dan Pengamatan Pengarang Melayu
(Japanese Culture in Modern Malay Literature: Experiences and Observations of Malay Writers)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml.28(1)no4Abstrak
Makalah ini bertujuan untuk melihat keindahan nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat Jepun sebagai gaya hidup yang dapat dikesan menerusi karya kreatif hasil pengamatan dan pengalaman pengarang Melayu. Nilai keindahan, kesunyian, kehalusan, semangat dalaman, kesantunan gaya hidup yang diamalkan merupakan adaptasi daripada unsur transformasi ontologikal dan keindahan patetik yang diwarisi sejak zaman keagungan Matsuo Basho (1644-1694) dan Yasunari Kawabata (1899-1972). Penelitian ini disandarkan pada teori kajian budaya yang disarankan oleh Chris Barker. Perbincangan bertunjangkan pengalaman yang pernah dilalui oleh beberapa orang pengarang Melayu yang pernah mengilhamkan pengalaman hidup mereka sewaktu berada di Jepun. Muhammad Haji Salleh mengilhami rasa percintaan alam, jiwa dan budi bangsa Jepun dengan mengikut langkah Basho menerusi puisinya dalam antologi Salju Shibuya, Arena Wati menyelami maruah bangsa, sejarah sosial bangsa Jepun dan Melayu dalam novel Sakura Mengorak Kelopak, dan Abu Yazid Abidin berkongsi rencah hidup orang Melayu di perantauan daerah Jepun dalam Sejuk-sejuk Tokyo.
Kata kunci: budaya Jepun, sastera Melayu moden, pengarang Melayu, pengalaman, pengamatan
Ketua Editor,